
Sering kali jika sesebuah sistem komputer atau rangkaian diceroboh, istilah penggodam akan menjadi mangsa. Penggodam adalah individu yang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang komputer. Mereka mempunyai kod etika tertentu dan tidak akan memusnahkan rangkaian sistem mahupun data. Mereka adalah pengaturcara yang cekap dan terlibat dalam aktiviti yang kreatif dan produktif. Sugimoto, seorang penggodam pernah menulis dan membidas pihak media kerana mendakwa penggodam terlibat dalam pencerobohan dan memusnahkan sistem rangkaian komputer. Beliau menegaskan penggodam bukanlah penjenayah seperti penggertak. Penggodam adalah pakar-pakar komputer atau Internet yang bertanggungjawab terhadap pembangunan sistem rangkaian dan komputer. Beliau mengesyorkan agar pihak yang terlibat menceroboh dan memusnahkan data serta perkhidmatan di seluruh dunia dikelasifikasikan sebagai penjenayah dan pelaku musnah. Jika tiada penggodam ke atas sesuatu sistem komputer atau rangkaian nescaya ‘kekebalan’ merupakan kualiti yang terpenting pada masa sekarang tidak tercapai. Menurut Mark Taber mendefinisikan penggodam sebagai individu yang mempunyai minat kerja dalam sistem pengoperasia komputer yang tinggi. Oleh itu penggodam mempunyai pengetahuan awal dalam bidang sistem pengoperasian dan bahasa pengaturcaraan. Mereka mungkin mengetahui punca sebarang kelemahan dalam sesuatu sistem. Penggodam biasanya akan terus mempertingkatkan dan berkongsi pengetahuan mereka dengan pihak lain dan tidak sekali-kali memusnahkan data dengan sengaja. Kebanyakkan perisian patching dalam sistem komputer atau rangkaian adalah usaha pihak pengodam untuk memastikan sistem tersebut lebih kebal.
Penggertak pula terlibat dalam aktiviti pencerobohan komputer dan sistem rangkaian yang boleh memusnahkan sistem dan data yang ada. Kumpulan ini bukanlah pakar dalam bidang komputer dan rangkaian Sebaliknya mereka mengguna perkakasan atau perisian yang boleh didapati dipasaran secara freeware atau shareware. Menurut NISER pengertak boleh dikategorikan sebagai penjenayah. Hujah ini berdasarkan pengertak adalah penceroboh atau pencabul kewibawaan sistem dengan niat jahat. Apabila mereka dapat menceroboh masuk ke dalam sesuatu sistem rangkaian atau komputer mereka akan memusnahkan data penting, menafikan hak pengguna sah, dan memberi masaalah kepada sasaran mereka. Penggertak mudah dikenali keran tindakan mereka mempunyai niat jahat.
Menurut Mark Taber untuk membezakan penggodam dan penggertak dengan lebih jelas kita boleh mengambil kira faktor Mens rea kedua-dua kumpulan ini. Mens rea menjelaskan keadaan mental yang wujud dan berniat jenayah. Sekiranya orang yang disyaki secara tidak sengaja menembusi sistem komputer dan melalui kaedah yang tidak bertentangan dengan undang-undang, maka beliau tidak mempunyai Mens rea. Oleh itu bukan satu tindakan jenayah. Sebaliknya, jika orang yang disyaki sedar bahawa pelanggaran keselamatan sedang berlaku dan beliau secara sedar menggunakan kaedah canggih bagi melakukan pelanggaran keselamatan tersebut, maka di sini wujudnya Mens rea dan ianya adalah suatu jenayah.
Matahari Digital kata janganlah meniru aksi hackers n cracker!





No comments:
Post a Comment